Wednesday, October 11, 2023

Tekukur Merbuk Balam

 Burung merupakan haiwan vertebrata bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kelas Aves yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di Kutub Utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenal pasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3,200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung jenis teropod dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, semasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang, terdapat beberapa spesies yang tidak mampu seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung boleh mengeluarkan telur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadangkala kedua-dua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan yang akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.


Ciri-ciri

Ciri-ciri utama burung adalah seperti berikut :-

Badan dilitupi oleh bulu pelepah.

Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.

Mempunyai sisik pada kakinya.

Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.

Bernafas melalui peparu.

Berdarah panas.


Taburan

Burung hidup dan berkembang biak di sebahagian besar habitat darat dan pada tujuh benua sehingga membentuk koloni di kawasan ekstrem mereka seperti di pedalaman Antartika.[6] Taburan biokepelbagaian tertinggi burung adalah di wilayah tropika. Keadaan ini juga sudah diduga sebelumnya bahawa kepelbagaian burung paling ketara adalah hasil daripada penspesiesan di daerah tropika; walau bagaimanapun, kajian baharu menemukan penspesiesan tahap tertinggi di kawasan latitud tinggi yang diimbangi dengan darjat kepupusan lebih besar daripada kawasan tropika. Beberapa keluarga burung telah beradaptasi dalam menjalani hidup di lautan dunia, dengan beberapa spesies burung laut datang ke darat hanya demi tujuan pembiakan dan beberapa penguin telah tercatat menyelam sedalah 300 meter (980 ka).

Banyak spesies burung yang telah membentuk populasi di wilayah kerana dibawa atau diperkenalkan oleh manusia ke kawasan-kawasan baharu. Beberapa kes memang disengajakan seperti Phasianus colchicus yang diperkenalkan dan dibiak sebagai burung buruan. Selain itu, ada beberapa kes yang berlaku secara tak sengaja seperti pembentukan populasi Myiopsitta monachus liar di beberapa bandar Amerika Utara setelah melepaskan diri daripada kurungan. Beberapa spesies, termasuk burung bangau kendi, Milvago chimachima dan burung galah, telah membiak meluas merentasi kawasan habitat asal berikutan amalan-amalan pertanian yang membentuk habitat baharu yang sesuai.


Kelas burung

Kelas burung (Class:Aves) pula terbahagi kepada beberapa aturan seperti berikut :-

Struthioniformes, Burung Unta, Kesuari, Emu, Kiwi, dan seumpamanya.

Tinamiformes, Kesuari-Ayam

Anseriformes, Itik, Angsa dan seumpamanya.

Galliformes, Ayam, Kuang dan seumpamanya.

Sphenisciformes, Penguin

Gaviiformes, Seselam

Podicipediformes, Tetimbul

Procellariiformes, Albatros, Merpati-Laut dan seumpamanya.

Pelecaniformes, Undan, Pucung dan seumpamanya.

Ciconiiformes, Burung Botak, Upih dan seumpamanya.

Phoenicopteriformes, Flamingo

Accipitriformes, Helang dan seumpamanya.

Falconiformes, Rajawali dan seumpamanya.

Gruiformes, Keria, Sintar dan seumpamanya.

Charadriiformes, Rapang, Kedidi dan seumpamanya.

Pteroclidiformes, Merbuk-Gurun

Columbiformes, Merpati, Pergam, Punai dan seumpamanya.

Psittaciformes, Nuri, Bayan, Kakaktua dan seumpamanya.

Cuculiformes, Sewah, Burung Mati Anak, Cenuk, Bubut dan seumpamanya.

Strigiformes, Burung Hantu

Caprimulgiformes, Burung Tukang dan seumpamanya.

Apodiformes, Layang-layang Sabit dan Burung Madu.

Coraciiformes, Pekaka, Berek-berek dan seumpamanya.

Piciformes, Belatuk dan seumpamanya.

Trogoniformes, Kesumba

Coliiformes, Tetupai

Passeriformes, Ciak, Pipit dan seumpamanya.


Senarai burung


Senarai nama burung-burung Malaysia

Antara spesies burung ialah :-

Burung Gembala Kerbau

Burung Ranggung Padi

Burung Bangau Leher Hitam

Burung Bangau Kecil

Burung Bangau Sederhana

Burung Helang Kembara Hitam

Burung Pucung Gelam

Burung Pucung Keladi

Burung Pucung Seriap

Burung Pucung Serandau

Burung Pekaka Sungai

Burung Pekaka Paruh Pendek

Burung Perling Mata Merah

Burung Pergam Besar

Burung Tekukur

burung Botak Besar

burung Botak Upeh

burung Undan Merah Jambu Hitam

burung Pucong Keladi

burung Sekendi Kepala Hitam

burung Angsa Mesir

burung Angsa Hitam

burung Merak Pongsu

burung Cenderawasih

burung Serak Gunung

burung Kuang Cermin

burung Kuang Raya Gunung

burung Kuang Cermin

burung Kuang Raya

burung Merah Mata

burung Merak

burung Pegar

burung Siul

burung Serok

burung Enggang Papan (Buceros rhinoceros)

Burung Hantu punggur (Strix leptogramurica)

Burung Hantu Ketumbuk ketampi (Ketupa ketupu)

Burung Hantu Rumput (Tyto longimembris)

Burung Hantu Coklat (Phodilus badius)

Burung Hantu Telinga Panjang (Asio otus)

Burung Hantu Telinga Pendek (Asio flammeus)

Pungguk (Ninox scutulata malaccensis)

Burung Madu Sriganti (Nectarinia jugulris)

Burung Lang Alap Jambul (Accipiter trivigartus)

Burung Lang Kanguk

Burung Julang Mas (Aceros)

Burung Bangau

Burung Belatuk

Burung Bangau

Burung Helang

Burung Layang-layang

Burung Murai

Burung Pipit

Burung Unta

Burung Merak

Burung Enggang

Burung Kenari

Burung Undan

Burung Emu

Burung Tiung

Penguin

Burung Puyuh

Burung Hering

Burung Kakaktua

Burung Hantu

Bayan Parakeet

Burung Nuri

Burung Kiwi

Burung Siul

Burung Ruak-ruak

Burung Gagak

Burung Raja Udang

Burung Merpati

Burung Flamingo

Burung Kelicap

Burung Enggang

Burung Kenyalang

Burung Rajawali


Tekukur Merbuk Balam

Tekukur Merbuk Balam (bahasa Inggeris: Spotted Dove ) ialah sejenis tekukur yang tergolong dalam famili Columbidae. Nama saintifiknya Streptopelia chinensis. Baru-baru ini, Tekukur Merbuk Balam telah dimasukkan ke dalam genus Stigmatopelia oleh sebilangan pihak berwibawa, susulan daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh Johnson et al. (2001).


Taburan

Burung Tekukur merupakan burung pembiak tempatan di kawasan yang terbentang dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Ia merupakan spesies yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan jarang yang terbuka, dan tanah ladang.

Burung Tekukur telah dibawa masuk ke kawasan Los Angeles, California di Amerika Syarikat, serta juga ke Indonesia utara, Australia, dan New Zealand. Di Australia, burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu, burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli. Di benua tersebut, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian, serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehingga Pelabuhan Lincoln, Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat di Perth, Pemberton, Kalgoorlie, dan Esperance di Australia Barat, dengan taburan spesies ini semakin berkembang.


Rupa

Burung Tekukur ialah burung merpati yang tirus, dengan ekor yang panjang. Panjangnya burung ini antara 28 hingga 32 sentimeter (11.2 - 12.8 inci). Bahagian belakang, sayap, dan ekornya berwarna perang pucat, dengan banyak bintik kuning pucat. Dalam penerbangan, burung ini menonjolkan bulu hitam yang dibatasi oleh tepi dalaman yang berwarna kelabu pucat. Warna kedua-dua jantina adalah serupa, tetapi anak-anak burung lebih suram warnanya, berbanding dengan burung-burung dewasa dan sering tidak mempunyai jalur leher yang bercapuk-capuk ketika amat muda. Kepala dan bahagian bawah burung ini merah muda warnanya, dan beransur-ansur berubah menjadi kelabu pucat pada muka dan perut bawahnya. Lehernya mempunyai tompok hitam yang mempunyai bintik-bintik putih yang halus. Warna kakinya merah.


Tabiat

Burung Tekukur makan biji-biji rumput, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain. Ia burung daratan dan mencari makanannya di padang rumput dan ladang.

Burung Tekukur membiak pada sepanjang tahun, dengan sarang-sarang rantingnya biasa didapati di atas pokok, tepi bangunan, atau juga di atas tanah. Burung ini mengeluarkan dua biji telur yang putih dan licau. Di Australia Selatan, burung ini membiak, khususnya pada bulan September hingga bulan Januari, dan di kawasan utara, pada musim luruh.

Seperti dengan burung-burung merpati yang lain dalam genus ini, Burung Tekukur tidak begitu suka berkelompok, dan biasanya hidup bersendirian atau dalam pasangan. Burung ini jinak dan bunyi-bunyi yang tiba-tiba menyebabkannya terbang. Penerbangannya pantas, dengan pukulan kepak yang tetap, dengan sentakan sekali sekala yang mendadak yang pada umumnya merupakan ciri burung merpati. Pola-pola penerbangannya serupa dengan Burung Merpati Jambul, Ocyphaps lophotes (bahasa Inggeris: Crested Pigeon). Apabila mendarat, ekor burung ini menyenget ke atas. Semasa musim pembiakan, burung-burung jantan akan menyenget ekornya dengan sudut yang lebih curam dan mengelilingi burung bentina serta mengembangkan sayap dan ekornya.

Kicauannya coo-coo-croo yang rendah dan lembut, dengan penekanan pada nota yang terakhir. Kekadangannya, kicauan burung ini juga berbunyi "coo-coo krrroo, krook!"



Tekukur Merbuk Balam

 Burung merupakan haiwan vertebrata bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kelas Aves yang besar dan pelbagai terdapat di ...